Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Suspek lepas tembakan dalam pasar raya dikenal pasti

SHAH ALAM – Suspek yang melepaskan beberapa das tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi sudah dikenal pasti polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dengan 11 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah kini diburu polis.

Katanya, dalam kejadian pukul 10.50 malam tadi, seorang pekerja pembersihan cedera terkena tembakan pada bahagian kaki dan punggung.

“Walaupun cedera mangsa sempat melarikan diri ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek yang berusia lingkungan 30-an dan berkulit cerah kemudian melarikan diri ke aras P2 sebelum melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah cermin tingkap tangga serta pintu sliding door sebelum menghilangkan diri.

Hasil siasatan juga mendapati suspek turut menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang pengunjung di pusat beli-belah berkenaan sebelum melarikan diri.

Mangsa seorang lelaki dipercayai pekerja pembersihan yang cedera terkena tembakan.

Setakat ini, polis sudah menerima tujuh laporan daripada saksi awam dan semua telah tampil memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman mati, serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button