Berita Semasa

KPM perkasa pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai kementerian peneraju bagi Strategi 1: Pendidikan, KPM bertanggungjawab meningkatkan kesedaran dan pengetahuan antirasuah menerusi pelaksanaan enam substrategi yang terbahagi kepada tempoh jangka masa pendek dan sederhana.

“Di bawah Substrategi 5, NACS 2024-2028, KPM telah berjaya meluncurkan Kit Duta Sahsiah pada 25 November 2024 sebagai pemangkin pembentukan karakter ‘karamah insaniah’ dalam kalangan murid yang berasaskan kepada nilai-nilai murni dan keperibadian unggul,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kit Duta Sahsiah juga adalah selaras dengan fokus utama Kementerian pada tahun 2025 untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan pendidikan serta memperluas konsep Generasi Madani KPM kepada semua penjawat awam dan institusi pendidikan.

Katanya, pelbagai modul latihan dan bahan rujukan meliputi aspek komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah yang menjadi antara elemen penting pembentukan karakter ‘karamah insaniah’ terkandung dalam Kit Duta Sahsiah.

“Duta sahsiah yang dipilih adalah suri teladan untuk mempromosi serta mengamalkan nilai-nilai murni dan perilaku positif seperti berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab.

“KPM komited memastikan pemerkasaan etika, integriti dan antirasuah menerusi pendidikan seperti yang terkandung dalam NACS 2024-2028. Ini penting bagi memerangi rasuah yang merupakan salah satu daripada daripada agenda utama reformasi negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button