Berita SemasaDalam Negeri

Khutbah tidak ikut JAIPk, 4 imam kena gantung tugas

IPOH – Gara-gara baca khutbah yang bukan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), empat imam di negeri ini digantung tugas serta-merta.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd Razak, berkata kesemua imam terbabit bertugas di daerah Kerian, Parit Buntar, Hilir Perak dan Kuala Kangsar di Teluk Intan.

“Mereka didapati membaca khutbah dari negeri lain dan ada juga yang guna teks tahun 2023. Surat tahan tugas dan pembekuan bayaran imbuhan sudah dikeluarkan pada 6 Februari, seminggu selepas kesalahan dikesan,” katanya memetik laporan Buletin Tv3.

Menurutnya, penggantungan dijangka berkuat kuasa hingga awal Ramadan sementara menunggu Jawatankuasa Tatatertib JAIPk bersidang, dijangka dalam tempoh dua minggu.

Tindakan tegas ini dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menzahirkan rasa dukacita terhadap isu berkenaan yang dianggap melanggar amanah diberikan menerusi watikah pelantikan.

“Tuanku amat menitikberatkan perkara ini kerana imam yang dilantik adalah pegawai masjid yang ditauliahkan baginda. Namun, bila arahan tidak dipatuhi, ia menjadi satu pelanggaran amanah,” katanya.

Zakaria turut menjelaskan, alasan diberikan imam terbabit – kononnya tidak dapat membuka komputer untuk mengakses khutbah menerusi e-mel masjid – akan dipertimbangkan dalam mesyuarat tatatertib nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button