
PLKN 3.0 guna uniform celoreng tentera, selaras amalan antarabangsa
KUALA LUMPUR – Penggunaan pakaian seragam celoreng Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sejajar dengan amalan kebanyakan negara lain yang melaksanakan program khidmat negara.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, kajian menunjukkan majoriti negara lebih memilih uniform celoreng tentera berbanding pakaian seragam alternatif.
“Pakaian ini telah diuji dan dinilai dari pelbagai aspek. Jika kita mahu memperkenalkan pakaian seragam baharu, prosesnya akan mengambil masa lebih lama dan menelan kos yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan menembak senjata ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Beliau berkata, keputusan menggunakan uniform celoreng tentera dipersetujui di peringkat nasional dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selain itu, penggunaan uniform sedia ada juga membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan kerana ia telah tersedia dalam inventori.
“Uniform celoreng itu akan dipulangkan selepas tamat latihan dan akan terus digunakan dalam siri PLKN seterusnya,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |