Berita Semasa

Letak barang perniagaan di tempat awam, DBKL laksana tindakan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan terhadap peniaga kerana meletakkan barang perniagaan di tempat awam sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi, malam tadi.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, pihaknya melaksanakan lapan tindakan sita dan turut mengeluarkan enam kompaun dalam operasi tersebut.

Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi. – fb/DBKL

Jelasnya, tindakan kompaun dan sita dibuat mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan yang disita adalah meja, kerusi plastik, gerai besi, kanopi dan lain-lain peralatan.

“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita kemudiannya dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata DBKL dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang, katanya lagi.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan secara berterusan terhadap lokasi tumpuan yang dikenalpasti.

“Orang ramai yang mempunyai aduan boleh berhubung atau menyalurkan maklumat menerusi https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya lagi

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button