Berita SemasaPM X

Legasi Tunku Abdul Rahman panduan Malaysia Madani – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan legasi kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj perlu terus dijadikan panduan dalam usaha membina negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Menurutnya, pentadbiran Malaysia Madani berpegang teguh kepada nilai perpaduan, integriti dan keadilan yang diwarisi daripada Perdana Menteri pertama itu.

“Saya berpegang teguh kepada nilai yang diwariskan Almarhum selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.

“Sumbangan Almarhum pastinya menjadi inspirasi dalam menjunjung nilai perpaduan dan keamanan yang membentuk kesatuan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Anwar berkata demikian sempena ulang tahun kelahiran Tunku Abdul Rahman yang lahir pada 8 Februari 1903 sebelum meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun.

Beliau turut menghargai jasa tokoh negarawan itu yang bukan sahaja dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, malah sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan dalam membentuk identiti nasional yang harmoni.

“Keghairahan Almarhum dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada kita semua, terutama dalam menghadapi cabaran masa kini,” ujarnya.

Pada masa sama, Anwar turut mendoakan semoga roh Tunku Abdul Rahman dilimpahi ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button