Berita SemasaPM X

Jaga keamanan, kekalkan kestabilan negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keamanan negara perlu dijaga bagi mengekalkan kestabilan yang dinikmati rakyat.

Beliau turut menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu dan tidak membenarkan pihak luar merosakkan keharmonian negara.

“Jangan izinkan orang lain merosakkan keamanan negara,” kata Anwar dalam ucapan ringkasnya sebelum merasmikan Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR 2025), di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Anwar kemudian mengajak orang ramai untuk terus berdoa bagi keselamatan rakyat dan negara selain ekonomi serta pendapatan negara meningkat.

MSMR 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bersama Malaysia Marathon sebagai penganjur bersama, berjaya menarik lebih 10,000 peserta daripada pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama.

Perdana Menteri turut menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas merasmikannya.

Terdapat dua acara yang dianjurkan sempena MSMR 2025 iaitu lima kilometer (larian) dan tiga kilometer (berjalan kaki).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button