
Luar Negara
10 terbunuh nahas pesawat di Alaska
ALASKA – Pasukan penyelamat berjaya menemukan bangkai pesawat Cessna 208 Caravan milik Bering Air yang membawa 10 penumpang dan juruterbang yang dilaporkan hilang, semalam.
Laporan media tempatan yang memetik kenyataan jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG), Leftenan Komander Mike Salerno, bangkai pesawat malang itu ditemukan kira-kira 55 kilometer (km) di tenggara bandar Nome.
“Kesemua mangsa terbunuh, tiga daripada jasad sudah berjaya dikeluarkan daripada bangkai pesawat,” kata Salerno.
Pesawat tersebut sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Unalakleet ke Nome, sebelum dilaporkan hilang.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |