Berita Semasa

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara jalani rawatan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan diiringi dua putera baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Istana Negara dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja serta Kerajaan Persekutuan.

“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai tempoh rawatan atau lokasi baginda berada, namun perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button