
MHS Aviation sedia beri kerjasama dalam siasatan nahas helikopter
KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali helikopter terlibat dalam nahas di Bentong, Pahang, MHS Aviation sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kemalangan itu semalam.
MHS Aviation berkata, pihaknya kesal dan berdukacita di atas kemalangan melibatkan pesawat Bell 206L4 yang mengorbankan juruteranya.
Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, tumpuan utama ketika ini adalah untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa.
“Kemas kini selanjutnya akan diberikan apabila lebih banyak maklumat diperoleh.
“Kami amat sedih untuk melaporkan seorang kru darat maut dalam kejadian itu,” katanya.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan helikopter terbabit di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang.
Dalam kejadian itu, juruterbang berjaya diselamatkan orang awam namun jurutera pesawat warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, terkorban.
Helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation itu sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan dan singgah di lokasi untuk mengisi minyak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |