Berita SemasaDalam Negeri

LLM perluas larangan kenderaan berat di lebuh raya Lembah Klang bermula 19 Februari

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan perluasan larangan pergerakan kenderaan berat di lebuh raya Lembah Klang pada waktu puncak bermula 19 haribulan ini.

LLM dalam kenyataannya berkata, larangan itu melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Larangan ini telah diwartakan oleh Kerajaan pada 21 Oktober 2024 sebagai sebahagian daripada inisiatif Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

“Pelaksanaan ini bertujuan melancarkan aliran trafik di kawasan Lembah Klang dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, sekali gus mengurangkan kesesakan yang sering berlaku pada waktu puncak,” menurut kenyataan itu.

Larangan ini melibatkan kenderaan berat berikut:
– Kenderaan motor Kelas 2: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas).

– Kenderaan motor Kelas 3: Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas).

Butiran pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat.

Namun begitu, beberapa kategori kenderaan berat dikecualikan daripada larangan itu termasuk kenderaan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan serta penyelenggaraan lebuh raya.

LLM turut menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat supaya mematuhi larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna lebuh raya.

LLM turut menegaskan komitmennya untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya demi kesejahteraan bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi larangan, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi LLM atau menghubungi pusat operasi lebuh raya berkaitan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button