
Garis panduan jaga akidah dipersetujui Kabinet
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibenarkan memberi nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah ketika hadir di rumah ibadat bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu telah diputuskan para jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Bagaimanapun kata Aaron, nasihat itu tidak bersifat dasar.
“Mengambil kira bahawa perkara ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Aron, Jemaah Menteri turut mengingatkan bahawa setiap setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.
Katanya, Jemaah Menteri turut mengingatkan bahawa setiap setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.
“Pada masa sama, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuh keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |