
SPRM tahan 5 individu termasuk 3 penjawat awam, disyaki terima rasuah RM1 juta
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu, termasuk tiga penjawat awam, kerana disyaki menerima dan memberi rasuah bernilai kira-kira RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan di negeri-negeri Pantai Timur dan Selatan tanah air.
Suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita direman selama tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Ridhwan Syarizal di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
Menurut sumber, semua suspek berusia 30 hingga 50-an itu ditahan dalam operasi khas SPRM di beberapa lokasi antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang, Selasa lalu.
“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 sehingga kini dengan kesemua suspek disyaki menerima suapan kira-kira RM1 juta bagi kerja-kerja pembalakan,” katanya.
Tambahnya, SPRM turut menyita dua kenderaan mewah serta wang tunai puluhan ribu ringgit yang dipercayai berkaitan kes itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Dua individu yang sebelum ini turut ditahan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |