Berita SemasaDalam Negeri

Ops Sky: Modus operandi ‘illegal deposit taking’ dikesan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan satu lagi modus operandi syarikat yang terlibat dalam Ops Sky berkaitan galakan terhadap peminjam untuk mempromosikan syarikat berkenaan dan membuat pelaburan semula.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, hasil siasatan mendapati terdapat kemungkinan berlaku satu lagi kesalahan yang dilakukan syarikat itu yang disebut illegal deposit taking.

“Di samping memberi kemudahan pinjaman kepada mereka, satu lagi modus operandi syarikat tersebut apabila menggunakan kelebihan peminjam-peminjam pegawai atau kakitangan kerajaan.

“Mereka itu digalakkan mempromosikan syarikat tersebut untuk membuat pelaburan semula dalam syarikat berkenaan,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Tambah beliau, keadaan itu membolehkan siasatan dijalankan walaupun ia bukan di bawah kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Untuk makluman, kita boleh meluluskan di bawah akta kami dan melakukan siasatan selanjutnya berhubung perkara itu,” ujarnya.

Sehingga kini, seramai 27 individu termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan satu orang awam telah ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, kesemua mereka telah dilepaskan daripada reman dengan jaminan SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button