Berita Semasa

Nahas helikopter di Bentong, seorang dipercayai maut

CYBERJAYA – Sebuah helikopter dilaporkan terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 8, Jalan Lama Kuala Lumpur – Bentong hari ini.

Difahamkan, kejadian tersebut menyebabkan seorang individu maut, dipercayai petugas lapangan.

Laporan Astro Awani memetik Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar sebagai berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan dalam amsa terdekat.

Sementara itu, menurut sumber, helikopter terlibat merupakan jenis Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button