
Berita Semasa
Lelaki maut terkena bilah kipas helikopter
BENTONG – Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat terkena bilah kipas helikopter yang sedang melakukan pendaratan cemas di Jalan Karak Lama, Bentong, pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Mohd Shafie Sulong, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika helikopter jenis Bell 206L LongRanger itu sedang melakukan pendaratan cemas.
Katanya, ketika mendarat, helikopter itu tidak dapat dikawal sebelum terbalik dan terbakar.
“Mangsa berusia 44 tahun bekerja di tapak pendaratan berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya kepada portal HM.
Difahamkan, helikopter itu disewa sebuah syarikat kontraktor untuk pemasangan kabel elektrik.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |