Berita Semasa

KBS terima 28 aduan penderaan, gangguan seksual antara 2023 hingga 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima 28 aduan berkaitan penderaan dan gangguan seksual dalam sukan dilaporkan dari 2023 hingga 2024, termasuk enam kes gangguan seksual.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, 16 kes berjaya diselesaikan manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Bagi kes yang telah diselesaikan, dua membabitkan penderaan seksual, dua kes antunan seksual, serta beberapa kes lain seperti penderaan mental (3 kes), penderaan fizikal (2 kes), buli (4 kes), ugutan (2 kes) dan pengabaian (1 kes),” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen, semalam.

Hannah berkata demikian bagi menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang meminta KBS menyatakan langkah intervensi untuk wanita dalam industri sukan serta bilangan aduan yang dikendalikan berserta status terkini.

Sementara itu, empat kes penderaan seksual masih aktif, selain dua kes penderaan mental, dua kes penderaan fizikal dan tiga kes pengabaian.

Yeoh kemudiannya berkata, KBS akan terus memperkasakan pelaksanaan Kod Sukan Selamat serta memperhebat program advokasi di peringkat akar umbi bagi memastikan sukan di Malaysia selamat dan bebas daripada sebarang bentuk gangguan serta penderaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button