Berita SemasaSukan

Conor McGregor ludah muka peminat laung nama Khabib

LONDON – Akibat berang mendengar peminat menjerit ‘Ayuh Khabib’, bekas juara dua divisi Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor bertindak meludah ke arah seorang individu yang menyebut nama seterunya itu.

Dalam video yang tular, McGregor dilihat berjalan di sebuah pusat beli-belah sebelum seorang peminat menjerit nama Khabib Nurmagomedov yang dipercayai sebagai ejekan terhadapnya.

Bekas juara lightweight itu kemudian berpaling dan bertindak untuk bertemu dengan individu berkenaan.

“Saya ludah di muka anda, apa yang anda akan buat? Tiada apa-apa,” kata Connor selepas meludah muka individu itu.

Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh rakaman video berkenaan masih tidak diketahui.

McGregor yang kini berusia 36 tahun belum kembali ke oktagon sejak mengalami kecederaan patah kaki yang mengerikan ketika tewas kepada Dustin Poirier semasa UFC 264 empat tahun lalu.

Selain itu, pertarungan antara atlet kelahiran Ireland itu dengan Michael Chandler turut dibatalkan akibat kecederaan pada jari kakinya, sekali gus menimbulkan tanda tanya bagi penampilan semulanya.

McGregor dan Khabib, kedua-duanya berusia 36 tahun, pernah bertarung dalam perlawanan terbesar dalam sejarah UFC pada Oktober 2018.

Pertarungan UFC 229 itu menjadi tumpuan dunia, bukan sahaja kerana status kedua-dua petarung sebagai juara, tetapi juga disebabkan ketegangan yang tercipta antara mereka sebelum perlawanan tersebut.

McGregor terkenal dengan gaya bertarung yang agresif dan mulutnya yang celupar, manakala Khabib, juara lightweight dari Rusia pada ketika itu, dikenali dengan gaya pertarungan yang sangat mengutamakan teknik gusti dan dominasi.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan Khabib melalui submission pada pusingan keempat, namun kejadian selepas pertarungan itu lebih mencuri tumpuan.

Ketegangan semakin memuncak apabila Khabib melompat keluar dari gelanggang dan menyerang anggota pasukan McGregor, yang menjadikan ia kontroversi terbesar dalam sejarah pertarungan UFC.

Walaupun begitu, perlawanan itu akan tetap dikenang sebagai salah satu yang paling bersejarah dalam dunia seni mempertahankan diri campuran (MMA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button