Berita Semasa

Siasatan Op Sky: Tiga selebriti diarah hadir Ibu Pejabat SPRM esok – Azam Baki

PUTRAJAYA – Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, bagi membantu siasatan berhubung Op Sky.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mereka diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 10 pagi esok.

“Kami memanggil mereka untuk membantu siasatan berhubung Op Sky.

“Ini tak bermaksud mereka adalah suspek. Mereka hanya dipanggil untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” kata Azam Baki, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, SPRM akan memanggil selebriti termasuk seorang artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Bulan lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Menerusi Op Sky, sebanyak 12 individu ditahan selepas serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button