
Punca kematian Jia Yein akibat sesak nafas – Polis
KUALA SELANGOR – Punca kematian Yong Jia Yein,34, yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Pantai Remis, Jeram, dekat sini semalam, disahkan akibat sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajudin berkata, dapatan itu hasil bedah siasat terhadap jasad mangsa di Hospital Tanjong Karang, semalam, lapor Kosmo Online.
“Saya dimaklumkan pihak hospital bahawa kematian wanita itu disebabkan sesak nafas akibat kekurangan udara di tempat yang tertutup.
“Justeru, polis masih mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.
Tambahnya, jasad mangsa telah diserahkan kepada pihak keluarga pagi tadi untuk urusan pengebumian.
Terdahulu, Jia Yein yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu, ditemukan anggota Unit Peronda Polis (MPV) kira-kira pukul 2 pagi semalam sewaktu melakukan rondaan di pantai tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |