Berita Semasa

Pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang alami sakit dada

PUTRAJAYA – Tindakan pemandu WRV yang nyaris jatuh selepas merempuh dinding tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, disebabkan oleh sakit dada ketika memandu.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit pakir berkenaan.

Siasatan awal mendapati pemandu lelaki 38 tahun adalah pesakit jantung dan ketika kejadian kenderaan itu dinaiki tiga penumpang yang hanya mengalami cedera ringan.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu sakit dada secara tiba-tiba ketika memandu dan mengakibatkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta hampir terjatuh dari tingkat tiga parkir kenderaan di hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian dan akibat kemalangan menyebabkan tembok pakir pecah dan serpihan batu terkena pada sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza di bawah pakir berkenaan.

Katanya, mangsa dilaporkan selamat dan tiada unsur sabotaj kerana secara tidak sengaja serta hilang kawalan ketika memandu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button