Berita Semasa

Isu Titah Adendum dilarang dibahas di Parlimen – Speaker

KUALA LUMPUR – Isu Titah Adendum melibatkan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini tidak boleh dibangkitkan ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(2) susulan berlaku kekecohan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin membangkitkan kewujudan titah tersebut di Dewan Rakyat semalam.

Johari turut melarang penggunaan perkataan derhaka untuk isu berkaitan Titah Adendum mengikut Peraturan Mesyuarat 36(7).

“Ini keputusan saya, baik saya putuskan. Oleh kerana ia 36(2) dan (isu Titah Adendum masih) dalam mahkamah dan perkataan derhaka juga (mengikuti Peraturan Mesyuarat) 36(7), saya tidak benarkan lagi (isu dan perkataan itu).

“Sesiapa juga yang membangkitkan melibatkan itu, saya akan ambil tindakan. Kalau tidak, tidak habis (bertegang urat mengenai isu Titah Adendum),” katanya.

Johari berkata demikian ketika Hamzah (PN-Larut) membangkitkan isu kerajaan didakwa menyembunyikan Titah Adendum sewaktu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat petang semalam.

Dakwa Hamzah, ada pihak yang dengan sengaja menyorok ‘Titah Diraja’ dan invidividu itu mesti dikenakan tindakan tegas kerana menderhaka dan dengan sengaja menghalang keadilan sehingga mahkamah membuat keputusan salah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button