Berita SemasaLuar Negara

11 terbunuh dalam serangan tembakan di sekolah orang dewasa Sweden

OREBRO – Sebelas orang terbunuh dalam kejadian serangan tembakan di pusat pendidikan dewasa di bandar Orebro semalam, kata polis Sweden yang menyifatkan ia sebagai serangan senjata api paling tragis di negara itu.

Menurut polis, penembak dipercayai antara yang terkorban dan pencarian bagi mangsa lain masih diteruskan, manakala motif penyerang belum diketahui.

“Kami tahu kira-kira 10 orang telah terkorban di sini hari ini. Sebab kami tidak dapat memberikan angka yang lebih tepat sekarang adalah kerana kejadian ini sangat besar,” kata ketua polis tempatan, Roberto Eid Forest.

Forest berkata, polis percaya penembak bertindak sendirian dan setakat ini, pihaknya tidak mengesyaki sebarang unsur keganasan.

“Kami mempunyai lokasi jenayah yang besar, kami perlu menyiapkan pencarian yang sedang dijalankan di sekolah. Terdapat beberapa langkah penyiasatan yang sedang diambil: profil penyerang, temubual dengan saksi,” katanya.

Serangan itu berlaku di sekolah Risbergska, iaitu sekolah untuk orang dewasa yang tidak menamatkan pendidikan formal mereka atau gagal memperoleh gred untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Polis berkata, mereka masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan telah menggeledah beberapa alamat di Orebro selepas serangan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menyatakan bahawa serangan tembakan tersebut adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button