Jenayah & Mahkamah

Rangka manusia ditemukan di ladang sawit

PORT DICKSON – Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penemuan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Siliau, Lukut, dekat sini semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Muhamad Mustafah Hussin, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Penemuan itu disedari orang awam yang mahu membaiki paip bocor di kawasan itu, mereka menemukan satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai anggota badan manusia,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Muhamad Mustafah menambah, pemeriksaan di kawasan itu tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri, pakaian atau senjata selain tiada sebarang kesan perlakuan jenayah dikesan dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Ketua Polis Balai Lukut Sub Inspektor Lim Hooi Boon di talian 06-6472222,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button