Berita Semasa

Lafaz ikrar Rukun Negara simbol komitmen perpaduan – Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR – Lafaz ikrar Rukun Negara yang disempurnakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen hari ini menjadi simbol komitmen kepimpinan negara dan wakil rakyat dalam memupuk semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penghayatan terhadap Rukun Negara bukan sekadar memenuhi amalan tradisi, sebaliknya menjadi asas kukuh dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni.

“Setiap individu mempunyai tanggungjawab sebagai ejen perpaduan bagi memastikan keharmonian yang dikecapi hari ini terus berkekalan.

“Kelima-lima prinsip Rukun Negara serta intipati dalam mukadimahnya perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Nilai kesetiaan, keadilan, kesopanan dan ketaatan kepada undang-undang adalah tunjang kestabilan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Aaron berkata, Kementerian Perpaduan Negara akan terus komited memperkukuhkan keharmonian masyarakat menerusi pelbagai inisiatif yang menyokong aspirasi perpaduan nasional.

“Marilah kita bersama mengamalkan nilai-nilai Rukun Negara dan memperkukuh ikatan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button