Jenayah & Mahkamah

Kertas siasatan kes wanita dakwa akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang di peringkat akhir

KUANTAN – Kertas siasatan terhadap kes seorang wanita bernama Faridah Daud yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kini dalam peringkat akhir.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk kes wanita itu, kita telah dapat mengesan wanita ini dan telah diambil percakapannya. Kita dapat kesan wanita ini di Perak.

“Siasatan awal mendapati wanita ini berusia 38 tahun, memiliki seorang anak dan tidak mempunyai pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Istana Pahang menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja membabitkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung April ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button