
Kedudukan ekonomi negara berdasarkan fakta, bukan auta – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Kedudukan ekonomi negara adalah berdasarkan fakta, dan bukannya auta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata demikian bagi membidas soalan yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang) berkaitan isu kenaikan tarif elektrik dan ekonomi ‘flip flop’ yang sedang berlaku sekarang.
“Mengikut data dan fakta, ekonomi ini bukan wayang, ekonomi ini berdasarkan fakta.
“Faktanya, kadar pertumbuhan kita menyakinkan, faktanya nilai ringgit masih mengukuh walaupun geopolitik tidak menentu dan tarif yang dikenakan kepada negara lain.
“Itu faktanya, autanya lain, itu kena bedakan,” kata Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar kemudiannya menambah, kenaikan kadar tarif elektrik yang akan berlaku hanyalah kepada pihak industri.
“Keduanya, saya nak sebut soal tenaga. Semalam dengar tak ucapan itu? Masalahnya ini dengar dengan sentimen kebencian.
“Saya sebut semalam kenaikan tarif itu kepada industri, faham tak. Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat dan itu pun bukan 14 peratus seperti yang diumumkan.
“Respon saya itu kepada industri; kepada golongan kaya, mahakaya yang kita nak pertahankan buat apa? Kalau tak kenakan cukai kepada orang kaya, macam mana nak tambah peruntukan untuk sekolah, hospital dari mana wangnya,” soal Anwar.
Perdana Menteri kemudiannya menambah, semua pihak perlu menerima kenaikan tarif itu dengan munasabah kerana ia hanya melibatkan industri dan golongan kaya, dan tidak melibatkan 85 peratus rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |