
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus pada Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau bagaimanapun berkata, kenaikan tarif elektrik dijangka akan dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.
“Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14 peratus. Tidak!
“Kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.
“Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru sahaja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di ibu negara, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bermula 1 Julai 2025 ini, tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2 peratus kepada 45.62 sen/kWj bagi tempoh 2025 hingga 2027.
Peningkatan daripada kadar semasa 39.95 sen/kWj ini adalah hasil penelitian yang dicapai pada rangka kerja kawal selia sektor kuasa kelak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |