
Lebih 800 kes kesihatan ditemukan di PPS Sabah, Sarawak
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemukan lebih 800 kes kesihatan dalam pemeriksaan terhadap 9,379 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
KKM dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara kes dikesan termasuk 671 kes jangkitan salur pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut.
“(Bagaimanapun) Tiada kes demam campak, tifoid, leptospirosis, Covid-19 dan kejadian wabak dilaporkan di PPS,” kata kenyataan itu lagi.
Kata kenyataan itu lagi, 22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Menurut KKM, Jabatan Kesihatan Sarawak telah menggerakkan 37 pasukan perubatan dan 30 pasukan kesihatan manakala Jabatan Kesihatan Sabah, menggerakkan 16 pasukan perubatan dan 27 pasukan kesihatan ke semua PPS terlibat.
KKM memaklumkan, tiga pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial terdiri daripada pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pegawai psikologi, anggota paramedik serta anggota kesihatan daripada pelbagai kategori turut digerakkan ke semua PPS.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |