
Kesesakan di lebuh raya utama dijangka berlarutan sehingga lewat malam – LLM
KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 9 malam tadi, kesesakan masih berlaku di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan jumlah kenderaan.
Situasi ini dijangka berlarutan sehingga lewat malam ini, lapor BERNAMA.
Beliau turut memaklumkan, kesesakan menuju ke Lembah Klang dari arah utara tanah air antaranya melibatkan lokasi Gurun menuju ke Sungai Petani Selatan, Gopeng ke Bidor, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Sementara itu, bagi arah selatan pula, kesesakan berlaku di laluan Pedas-Linggi ke Seremban.
Bagi arah pantai timur, kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong menuju ke Lentang dan Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |