Berita SemasaLuar NegaraSukan

Kelab FK Bodø/Glimt derma kutipan tiket perlawanan bagi bantuan kemanusiaan Gaza

STOCKHOLM – Kelab bola sepak FK Bodø/Glimt dari Norway akan mendermakan kutipan tiket perlawanan Liga Eropah mereka menentang Maccabi Tel Aviv baru-baru ini kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.

Tindakan ini merupakan tanda solidariti kepada warga Gaza yang terus menanggung kesan selepas kempen rejim zionis yang telah meragut lebih 47,000 nyawa sejak Oktober 2023.

Perlawanan tersebut, yang diadakan pada 23 Januari di Stadium Aspmyra di Bodo, Norway, menyaksikan FK Bodø/Glimt memperoleh kemenangan 3-1.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan di portal rasminya mengumumkan, hasil tiket yang berjumlah 735,000 Kroner Norway (RM290,000), akan didermakan kepada Palang Merah bagi menyokong usaha bantuan di Gaza.

Kenyataan tersebut turut menegaskan, walaupun FK Bodø/Glimt bukan entiti politik, mereka tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi ketidakadilan.

“Glimt tidak boleh, dan tidak akan, berdiam diri terhadap penderitaan serta pelanggaran undang-undang antarabangsa yang sedang berlaku di bahagian lain dunia.

“Kami menyumbangkan semua hasil (kutipan) tiket biasa daripada perlawanan di laman sendiri menentang Maccabi Tel Aviv kepada Palang Merah dan memperuntukkannya untuk kerja-kerja bantuan di Semenanjung Gaza. Jumlah ini didermakan oleh kita semua,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button