Politik

Jawatan presiden, timbalan presiden PKR mungkin tidak dipertandingkan

IPOH – PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan dua jawatan utama parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung Mei ini.

Jawatan Presiden PKR disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.

“Ia (pandangan) untuk memastikan dalaman parti itu lebih tenang serta melancarkan khidmat bakti kepada rakyat memandangkan pilihan raya hanya berbaki kira-kira dua tahun lagi.

“Apa pun tidak ada keputusan dalam parti yang menghalang, tetapi kita di peringkat pimpinan ini tentulah ada perbincangan kerana kita ada agenda yang lebih penting,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Parlimen Tambun 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini hari ini.

Pada 26 Januari lalu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dilapor berkata parti itu akan mengadakan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 pada 24 Mei depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button