
Neymar umum kembali ke Santos FC
SAO PAULO – Bintang Brazil, Neymar mengumumkan untuk kembali ke kelab asalnya, Santos FC selepas meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
“Saya akan menandatangani kontrak dengan Santos Futebol Clube,” tulis Neymar dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.
Pemain berusia 32 tahun itu, yang pernah bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain, hanya bermain tujuh kali dengan Al-Hilal akibat kecederaan berpanjangan.
Penjaring terbanyak Brazil itu menyertai Al-Hilal pada Ogos 2023, mengikut jejak Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang memilih Liga Pro Saudi sebagai destinasi terakhir buat karier mereka.
Walau bagaimanapun, dua bulan selepas tiba di Riyadh, dia cedera di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, dan terpaksa berehat hampir setahun.
Neymar kemudian cedera beberapa kali di bahagian hamstring dan lutut dalam percubaannya untuk kembali beraksi.
Jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus, baru-baru ini berkata, Neymar sudah tidak boleh bermain pada tahap yang biasa dan keadaan akan menjadi sukar baginya.
Sebagai rekod, Neymar menjaringkan 79 gol dalam 128 penampilan untuk negaranya dan telah dilamar kelab Major League Soccer, namun memilih untuk kembali ke Santos bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan Brazil.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |