
Pekerja diminta buat laporan jika majikan paksa ambil cuti tahunan, cuti tanpa gaji – KESUMA
PUTRAJAYA – Pekerja yang mendapati majikan menolak kelayakan cuti tahunan atau gaji mereka bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am sempena Tahun Baharu Cina ini diminta tampil membuat laporan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), pihaknya ada menerima aduan mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am.
Tegas KESUMA, majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sekiranya berhasrat menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan.
“KESUMA ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan.
“Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, perkara tersebut termaktub dalam peruntukan seksyen 69 Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |