
Nama jalan Hang Tuah wajar dikekalkan
MELAKA – Nama Jalan Hang Tuah yang menjadi simbol sejarah dan tapak perniagaan orang Melayu perlu dikekalkan tanpa dijenamakan semula, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.
Menurutnya, cadangan wakil DAP untuk menjadikan Jalan Hang Tuah sebagai Jonker Walk 2.0 tidak wajar dan dianggap mengabaikan nilai sejarah serta kepentingan peniaga tempatan.
“Nama Jalan Hang Tuah itu sendiri sudah menjadi tarikan utama kepada pelancong, sama ada dari Melaka mahupun luar negeri dan tidak perlu ada penjenamaan semula untuk menarik pelancong sedia ada.
“Malah, nama Hang Tuah wajar dikekalkan sebagai lambang sejarah Melaka. Sepatutnya nama-nama jalan di negeri itu menggunakan tokoh dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebagai tanda nasionalisme dan kesetiaan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cadangan untuk menukar nama jalan itu mendapat perhatian kerana lokasi berkenaan merupakan kawasan perniagaan penting bagi komuniti tempatan.
Langkah mengekalkan nama Hang Tuah dilihat sebagai usaha memartabatkan sejarah dan identiti negeri Melaka.
Sebelum itu media melaporkan, DAP mencadangkan Jalan Hang Tuah dijenamakan semula menjadi pusat tarikan pelancong berkonsepkan Jonker Walk sehingga ia berjaya mendapat sambutan pelancong khususnya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, kawasan yang mungkin boleh dikenali sebagai Jonker Walk 2.0 itu berpotensi merancakkan lagi ekonomi peniaga dan masyarakat setempat kerana mempunyai ruang siar kaki yang lebih luas berbanding Jonker Walk.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |