Berita SemasaDalam Negeri

Mohamad Sabu beri jaminan selesai harga lantai padi

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan akan mengambil tanggungjawab terhadap gesaan supaya kerajaan menaikkan harga lantai jualan padi yang dikatakan terlalu rendah ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil maklum mengenai cadangan melalui memorandum yang diserahkan oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Katanya, beliau sendiri akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi membincangkan tuntutan yang dikemukan PeSAWAH.

Tambah beliau, pihaknya juga akan turun padang dan mengadakan libat urus secara berterusan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan penanaman padi.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab saya juga akan mengambil tanggungjawab berkenaan memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan selepas penyerahan memorandum oleh 10 wakil PeSAWAH di Pejabat kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri pagi ini.

Kira-kira 300 orang wakil dari PeSAWAH hadir di pekarangan bangunan KPKM di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 300 ahli PeSAWAH dari seluruh negara berhimpun di pekarangan Wisma TANI hari ini susulan penyerahan memorandum yang meminta kerajaan menaikkan harga lantai jualan padi dari RM1,300 setan kepada RM1,800 setan.

Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob itu turut membantah Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman yang didakwa dibuat tanpa rundingan dengan petani.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button