
MOCN perkukuh kerjasama telekomunikasi
KUALA PILAH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini melancarkan Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Telekomunikasi menerusi inisiatif Multi Operator Core Network (MOCN).
Pelancaran MOCN yang bertujuan merapatkan jurang perkhidmatan telekomunikasi negara itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Melalui garis panduan itu, kerjasama antara Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dapat dipertingkatkan untuk memaksimumkan penggunaan sumber dan memastikan kesalinghubungan lebih menyeluruh.
Usaha itu memberi tumpuan kepada kawasan yang berdepan liputan lemah seperti lebuh raya, universiti awam, hospital, kawasan pelancongan, stadium, lokasi acara serta penempatan tentera dan polis.
Fahmi berkata, MOCN memperkenalkan dua kaedah utama iaitu Perkongsian Infrastruktur Pasif dan Perkongsian Infrastruktur Aktif.
“Perkongsian Infrastruktur Pasif melibatkan penggunaan bersama komponen fizikal seperti menara dan tiang, manakala Perkongsian Infrastruktur Aktif pula menumpukan perkongsian komponen elektronik yang memproses dan menghantar isyarat secara lebih efisien.
“Pendekatan itu bukan sahaja membantu operator telekomunikasi meningkatkan kecekapan operasi, malah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan 4G berkualiti tinggi untuk dinikmati rakyat,” katanya ketika majlis pelancaran tersebut.
Inisiatif itu diharap dapat mengatasi masalah jurang liputan telekomunikasi, sekali gus memastikan semua lapisan masyarakat menikmati akses komunikasi yang lebih baik di seluruh negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |