Berita Semasa

KKM siasat dakwaan buli di Sabah 

Putrajaya – Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik sebuah hospital di Sabah yang tular baru-baru ini.

Menurut kenyataan KKM, isu tersebut telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan segera dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

“Individu yang terkesan juga digesa membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp bagi membantu siasatan dengan lebih menyeluruh.

“KKM mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk perlakuan buli kerana ia bercanggah dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua.

“Tindakan tegas, termasuk tindakan tatatertib, akan diambil terhadap pelaku jika kesalahan dapat dibuktikan,” menurut kenyataan hari ini.

Insiden itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutamanya mengenai kesejahteraan dan keselamatan kakitangan hospital serta pesakit yang terjejas.

KKM memberi jaminan bahawa pihaknya komited untuk menangani isu itu dengan telus dan memastikan keadilan ditegakkan bagi semua pihak yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button