
Lelaki ugut Harith Iskander sudah ditahan
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah menahan lelaki yang disyaki membuat ugutan kepada pelawak, Harith Iskander dan keluarganya, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan hari ini, selepas pengurus pelawak terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 7.31 petang kelmarin.
Beliau menambah, suspek direman bermula hari ini hingga 28 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 509 KK.
“Polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam laporan portal HM Online, malam tadi.
Suspek difahamkan membuat ugutan sejak Selasa lalu.
Dalam kejadian pertama, mangsa dihubungi suspek pada pukul 11.21 pagi Selasa lalu, ketika berada di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.
“Lelaki itu mengugut dengan nada kasar dan ingin membunuh susulan pelawak terbabit ada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ‘ham’.
“Dalam kejadian kedua pada pukul 3 petang kelmarin, semasa pengurusnya berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6, di sini, menerima mesej gambar pegun anaknya mengandungi mesej berbaur ugutan,” kata Razarudin lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |