Jenayah & Mahkamah

Wanita, anak ditemukan maut dalam kereta mewah

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dan anaknya ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta mewah yang diparkir di hadapan sebuah sekolah dekat Bandar Baru Uda (BBU), di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, jasad ibu berusia 42 tahun bersama anaknya, 14 tahun itu ditemukan orang ramai pada pukul 9 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kedua-dua jasad dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi bedah siasat dan pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Setakat ini, kita mendapati tiada unsur jenayah dan bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa masih menunggu siasatan makmal,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kebocoran saluran petrol di enjin yang menyebabkan pemeluwapan dan memasuki saluran pendingin hawa kereta.

“Menerusi perbualan terakhir mangsa dalam kumpulan WhatsApp bersama rakannya, mangsa memaklumkan baru selesai membeli-belah di kawasan sekitar BBU dan berhenti seketika di lokasi kejadian kerana kurang sihat.

“Mangsa yang mempunyai tiga anak tinggal di Bakar Batu di sini dan keluar bersama anak bongsunya,” katanya yang mengesahkan enjin kenderaan masih hidup ketika dua beranak itu ditemukan.

Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button