Berita Semasa

Program Harith Iskander di DFP esok dibatalkan

KUALA LUMPUR – Program komediri (stand-up comedy) pelawak Harith Iskander yang dijadual esok malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), di sini, telah dibatalkan.

DFP bagaimanapun tidak memaklumkan punca pembatalan program berkenaan.

“Pihak pengurusan DFP dengan dukacita mengumumkan pembatalan rancangan komedi oleh Harith Iskander, di bawah siri DFP Punchline yang dijadualkan esok.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan,” kata DFP dalam satu kenyataan, hari ini.

Harith,54, sebelum ini terpalit kontroversi susulan hantaran di akaun media sosial miliknya, yang memaparkan gambar secawan Ham Sap Kopi dengan komen sarkastik mengenai perkataan ‘ham’, dipercayai sindiran kepada isu sandwic ‘ham and cheese’ diragui status halalnya yang dijual di kedai serbaneka, beberapa minggu lepas.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan pihaknya sudah merakam keterangan pelawak itu berkenaan hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button