
PRESMA, PRIMAS rayu kerajaan perkenal semula Check-Out Memo
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) merayu kerajaan memperkenalkan semula penggunaan Check-Out Memo (COM) bagi menggantikan pekerja asing.
Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Impiana, di sini kelmarin, kedua-dua persatuan itu tampil membincangkan isu-isu kritikal yang dihadapi industri restoran di Malaysia.
Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, COM sebelum ini telah dipraktikkan dan memberi manfaat kepada industri restoran, namun ia dihentikan tanpa alasan yang jelas.

“COM adalah mekanisme yang membantu pengusaha restoran mendapatkan pekerja asing secara lebih mudah dan sah. Penghentian pelaksanaannya telah menyebabkan kesukaran besar kepada kami untuk memenuhi keperluan tenaga kerja,” ujar beliau.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menaikkan had umur pekerja asing daripada 18 hingga 45 tahun kepada 18 hingga 60 tahun kerana ramai yang masih sihat dan mampu bekerja.
Malah, beliau menyeru kerajaan agar menangguhkan sementara pelaksanaan sistem levi pelbagai peringkat yang dirancang.
“Kekurangan pekerja di restoran akan menjejaskan perniagaan dan seterusnya ekonomi turut menerima kesannya.
“Ini kerana restoran bukanlah industri yang boleh berdiri sendiri tetapi ia satu rantaian industri kecil dan sederhana (IKS) yang bergantung antara satu sama lain,” tegasnya.
Sidang media itu turut dihadiri ahli jawatankuasa PRESMA dan Presiden PRIMAS, Datuk J. Govindasamy atau dikenali sebagai Datuk Suresh serta ahli persatuan tersebut.
Sehubungan itu, kedua-dua persatuan berharap kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan demi memastikan sektor restoran terus berdaya tahan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |