
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah merakam keterangan pelawak, Harith Iskander berhubung kontroversi hantaran dibuatnya di media sosial berhubung isu perkataan ‘ham’, kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga kini sedang cuba mengesan seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Cecelia Yap Song’ dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.
“Setakat ini satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Setakat ini polis menerima 16 laporan polis berkaitan isu itu di seluruh negara,” katanya kepda BH Online, hari ini.
Kelmarin, pelawak tersebut memuat naik satu hantaran dengan gambar secawan Ham Sap Kopi dengan komen sarkastik mengenai perkataan ‘ham’, dipercayai sindiran kepada isu sandwic ‘ham and cheese’ diragui status halalnya yang dijual di kedai serbaneka, beberapa minggu lepas.
Salah satu komen dalam paparan tersebut, oleh pengguna menggunakan id Cecelia Yap Song KL berbunyi “All names with Mohammad… got to be renamed then”.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |