
Jangan bawa senjata tajam, anak bawah umur ke himpunan esok – Menteri KDN
JELI – Individu yang mahu menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur esok, diberi amaran supaya tidak membawa senjata tajam dan kanak-kanak bawah umur ke perhimpunan itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan menghormati hak rakyat terhadap kebebasan berhimpun yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun perlu mematuhi undang-undang ditetapkan.
“Polis akan menjadi pemudah cara kepada himpunan tersebut selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Tetapi, penganjur dan peserta perlu mematuhi peraturan termasuk tidak membawa senjata tajam atau anak di bawah umur,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Membina Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan menghalang mana-mana himpunan jika itu bertujuan untuk melawan atau membanteras aktiviti rasuah di negara ini.
Mengenai himpunan esok, Anwar berkata ia telah diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.
Beliau bagaimanapun berkata, ada beberapa tempat atau lokasi himpunan yang tidak dibenarkan untuk berhimpun.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |