
[VIDEO] Enam lagi individu terbabit rasuah pinjaman peribadi ditahan SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan yang disyaki terlibat dalam rasuah pinjaman peribadi.
Suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan.
Perintah reman selama lima hari terhadap enam suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurut sumber, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah ditahan antara pukul 3 hingga 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung Op Sky.
“SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.
“Pegawai-pegawai ini dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi,” katanya.
@malaysiatribune Suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan. sprm macc #rasuah #pinjamanperibadi #tipukelulusan #suruhanjayapencegahanrasuah
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap enam lagi suspek berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
Katanya, 19 individu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |