
Tampar kakitangan PUSPAKOM, suspek didakwa esok
Tampar kakitangan PUSPAKOM, suspek didakwa esok
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai menampar seorang kakitangan PUSPAKOM Johor Bahru baru-baru ini akan didakwa di mahkamah di sini esok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kertas siasatan mengenai kes itu telah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri pada Isnin lalu.
“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Insiden yang tular pada 16 Januari lalu itu memaparkan seorang kakitangan PUSPAKOM, yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, ditampar oleh suspek yang tidak berpuas hati kerana lori miliknya gagal dalam pemeriksaan dilakukan mangsa.
Sehubangan itu, polis segera membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak terus menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan salah faham.
ACP Raub turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di 07-2182323 untuk membantu siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga emosi dan bertindak secara rasional dalam apa jua situasi agar insiden sebegini tidak berulang,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |