Berita Semasa

Co-opbank Pertama terima pengiktirafan MBOR, cipta rekod pemain kirable teramai

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR) menerusi permainan kirable membabitkan lebih 1,000 murid daripada 34 buah sekolah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Mohd Rafis Makhtar, berkata, permainan itu diadakan secara serentak di sekolah terpilih berhampiran cawangan- cawangan CBP.

Jelas beliau, penganjuran permainan kirable bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan subjek Matematik untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“Kirable direka untuk kanak-kanak dan keluarga di mana ianya memberi tumpuan kepada aspek perkiraan melalui permainan interaktif.

“Permainan Kirable ini mengambil inspirasi daripada gabungan permainan Scrabble dan elemen matematik. Ianya dicipta oleh rakyat Malaysia dan turut dipatenkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rafis berkata, penganjuran pertandingan kirable dijadikan platform untuk murid menunjukkan kemahiran matematik dalam suasana yang kompetitif dan menyeronokkan.

Pada masa sama, beliau berkata, ia membuka ruang kepada CBP untuk mempromosikan produk perbankan kepada murid sekolah menerusi pembukaan Akaun Simpanan-i Salam Mystar yang memfokuskan individu berusia bawah 18 tahun.

“Menerusi pembukaan akaun simpanan Mystar ini, pemegang akaun akan menerima manfaat daripada rakan strategik CBP,” kata Mohd Rafis lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button