Berita Semasa

KKM pantau keselamatan limau Mandarin sempena Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan keselamatan makanan, khususnya limau Mandarin yang menjadi tumpuan utama sempena perayaan Tahun Baharu Cina, adalah terjamin untuk pengguna.

Menurut KKM, pemantauan khas melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah dijalankan di 70 pintu masuk negara sejak November 2024.

Langkah itu bertujuan memastikan limau Mandarin yang diimport mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985) di bawah Akta Makanan 1983.

“Data daripada Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) menunjukkan China, Afrika Selatan, Jepun, Australia dan Mesir merupakan pengeksport utama limau Mandarin ke Malaysia sepanjang tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KKM dalam kenyataannya berkata, hasil analisis terhadap 243 sampel mendapati sembilan sampel (3.7 peratus) gagal mematuhi kadar maksimum residu racun perosak yang ditetapkan.

“Semua sampel yang melanggar peraturan telah dilupuskan manakala pengimport terlibat dikenakan pemeriksaan tahap lima (tahan, uji dan lepas) bagi penghantaran berikutnya.” katanya lagi.

KKM menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang mengenai keselamatan limau Mandarin yang diimport.

“Mereka disarankan mencuci buah tersebut sebelum dimakan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan,” tambahnya lagi.

KKM turut menjalankan operasi khas Ops Tahun Baru Cina dari 19 Januari hingga 1 Februari 2025 bagi memastikan makanan di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983.

Pengguna yang mempunyai kemusykilan mengenai keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri atau mengakses laman aduan rasmi di http://moh.spab.gov.my serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di https://www.facebook.com/bkkmhq.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button