
UM perjelas lagu kebangsaan China dahului Negaraku
KUALA LUMPUR – Acara sambutan Tahun Baru Cina yang dinamakan sebagai Spring Festival Gala 2025 adalah bukan di bawah penganjuran Universiti Malaya (UM), sebaliknya ia dikelolakan oleh Kedutaan Besar China.
UM dalam satu kenyataan memaklumkan, acara berkenaan juga telah dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
“Acara ini bukan di bawah anjuran Universiti Malaya dan universiti hanya menjadi lokasi sambutan acara diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, UM berkata, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan, UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku seperti yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
“Selaku Universiti Awam yang tertua di negara ini, Universiti Malaya sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti Universiti.
“Dalam masa yang sama, Universiti Malaya turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar,” kata UM lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |