
Rafizi perjelas tuduhan tidak luluskan permohonan projek di Kedah
KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan tuduhan bahawa beliau dengan sengaja tidak meluluskan permohonan projek di Kedah adalah tidak benar sama sekali.
Menurut Rafizi, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah bagi pembangunan projek fasa lima Kulim Hi-Tech Park atau KHTP.
Walau bagaimanapun, setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan susulan tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan.
“Kerajaan Kedah minta pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan fasa lima Kulim Hi-Tech Park atau KHTP. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah.
“Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan Kerajaan Persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula,” katanya.
@malaysiatribune Rafizi jawab dakwaan tidak luluskan permohonan projek di Kedah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun, setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan. Video – X Rafizi Ramli #malaysiatribune #kedah #rafiziramli
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Kerajaan Kedah kini menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan.
“Kerajaan Kedah mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli. Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak.
“Sedangkan Kerajaan Persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman.
“Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rafizi turut memerli rekod pentadbiran Kerajaan Kedah berhubung projek-projek yang telah dilaksanakan di negeri terbabit sebelum ini.
“Sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca je ataupun itu projek swasta bukan projek saya. Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |